Kerana si bulus anda layak mendapat yang terbaik – dari hujung misai hingga hujung ekor!
Di BTP Cat Hotel, kami bukan sekadar menawarkan servis grooming – kami berikan penjagaan menyeluruh untuk memastikan si manja anda sentiasa dalam keadaan terbaik.
Dari bulu bergumpal, fungus kulit, jangkitan kutu, kutu telinga dan pelbagai masalah fizikal lain – pasukan kami sedia membantu dengan rawatan yang sesuai dan penuh perhatian.
Kami juga menyediakan rawatan tambahan (extra care) mengikut keperluan individu setiap kucing, kerana kami tahu – setiap si bulus itu unik.
Dengan grooming secara berkala, anda bukan saja memastikan kucing anda kelihatan kemas dan bersih, malah dapat memantau kesihatan keseluruhan mereka secara konsisten.
✨ Penampilan si comel terjaga, kesihatan pun terjamin!